BEGITU INDAH MENJADI WANITA ISLAM

Orang berkata, perkara lama jangan dikenang. lepaskanlah seperti angin meniup debu dan hilang dibaliknya.Selepas melihat sebuah cerita, diri ini termenung dan membayangkan diri ini semenjak di zaman persekolahan sehinggalah dewasa. Akhirnya airmata ini jatuh juga di pipi. Tidak disangka, apa yang dihajati, akhirnya dicapai walaupun dalam masa yang agak panjang.

walaupun diri ini dilahirkan dengan baik, tetapi diri sendiri mencorak warna kehidupan samaada ke jalan kebaikan atau kejahatan. Aku tidaklah sebaik apa yang mereka diluar perkatakan. aku takut dengan pujian dan kata-kata orang yang akan membuatkan aku rasa takut kepada Allah swt.

Apa yang aku lihat pada remaja perempuan sekarang, itu adalah diriku pada masa yang lalu. Free hair, tidak menutup aurat, menganggap tudung itu seperti fesyen , adab bergaul bebas. Kini, aku bersyukur dengan Allah swt, dalam masa berpuluh tahun, aku berubah kerana Dia. Kalau dulu berjauhan dengan keluarga, kini, aku makin gelisah berjauhan dengan keluarga sendiri. Makin sayang dengan ibu dan walid. Kalau dulu aku membenci mereka, kini, merekalah segala-galanya. Sebab Allah telah memahamkan diri ini melalui kitabullah.

Subhanallah, sangat indah kurniaanNya. Apabila hati merindukan belaian dariNya, Dia hadirkan dengan manusia-manusia yang sentiasa mengingatkan diri ini kepadaNya. Dengan kata-kata yang menyentuh Qalbu dan menghadirkan pasangan yang sentiasa membentuk jiwa ini untuk teguh dan sentiasa membimbing ke arah jalan kebaikan tanpa berputus asa.

Ya Allah,baru aku sedar,  begitu indahnya menjadi muslimah dan aku bersyukur dengan apa yang aku perolehi. semoga aku istiqamah kepadaMu.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s